Thursday, July 7, 2011

lihat betul-betul

gua selalu mengangkat penulis puisi dari negara jiran kerana tulisan mereka sering memiliki nilai dan fikrah yang jujur - dan setiap bait-bait kata dari mereka menaikkan semangat juang anak muda supaya tidak luntur. tapi di negara ini, aku mula tertarik dengan puisi yang satu ini. dari seorang sasterawan yang mula bercakap jujur - salute!

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka
warna kuning diisytihar racun berbisa
diragutnya batu-t segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya

tapi kita jahit semula perca kain
menjadikannya panji terindah dan tulen
warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu

kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningya juga mungkin dicantas
memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya

kerana nikmat amat lama berkuasa
kuasa pun seolah menjadi hartanya

A. Samad Said

0 yang dah bangun: