Tuesday, July 5, 2011

satu pandangan


Sejak kemenangan mat sabu yang lalu, hingga membawa kepada penangkapan dan penangkapan semula aktivis-aktivis PSM, lalu berlaku lagi beberapa penangkapan pemimpin pembangkang, termasuk arahan kepada aktivis dan blogger juga sasterawan negara untuk memberi keterangan di balai polis, serta beberapa ancaman daripada kumpulan pendesak melayu PERKASA. kita telah dicanangkan dengan berita-berita bakal berlaku kekecohan yang mampu menggugat kestabilan negara. diceritakan juga kepada rakyat seluruh malaysia bahawa BERSIH ini ada unsur komunisme dan kerajaan bakal mengumumkan darurat jika keadaan dilihat semakin membimbangkan.

Ini adalah satu keadaan yang jarang dilihat berlaku dalam negara ini, BERSIH bagi aku telah melakukan satu provokasi tentang gelombang rakyat yang maha dahsyat. BERSIH dengan bangganya mengisytiharkan kuning sebagai warna rasmi mereka, lalu berbondong-bondong lah rakyat malaysia yang berhaluan pembangkang menjadikan warna kuning sebagai warna yang paling chic dan trendy.

Ok, ini apa yang aku lihat berlaku depan mata - bukan satu penipuan fakta, kerana aku cuba mengungkap tentang harapan ribuan atau mungkin jutaan rakyat malaysia yang cuba bekerjasama dengan BERSIH dan menjadikan BERSIH sebagai platfrom untuk memartabatkan kuasa rakyat.

tiba-tiba, hari ini - empat hari sebelum hari kebangkitan warna kuning ini, ambiga selaku pengerusi bersih 2.0 mengumumkan perhimpunan hanya akan dibuat didalam stadium (setakat ini belum dikenalpasti lokasi stadium itu). lalu buat pertama kalinya ketawa aku terbarai - betapa hancurnya hati pejuang kebangkitan rakyat apabila mereka hanya diberi ruang stadium untuk berhimpun secara aman dan pulang secara aman.

sebenarnya ini adalah sesuatu yang hampir aku jangkakan berlaku, semenjak pelancaran rally bersih tempoh hari, aku diberitakan tentang kehadiran tetamu mereka yang terdiri daripada politikus kelas menengah dan kelas elit. mereka memonopoli ruang pentas dengan cogan kata semangat dan berharap rakyat akan bersama-sama mereka untuk berubah. ketika ini, aku tidak melihat usaha mereka bersama-sama melibatkan rakyat marhaen dan kelas pekerja sebagai sebahagian daripada BERSIH.tetapi aku cukup jelas bahawa, matlamat mereka cuma satu - menuntut pilihanraya yang adil dan bersih. khalas.

aku secara peribadi kurang bersetuju dengan idea dan cadangan ini. untuk aku, seelok dan secantik mana pun pilihanraya itu tetap tidak mampu membawa apa-apa perubahan. nanti dulu - jangan beranggapan terlalu awal tentang kenyataan aku ini. untuk memahami apa yang lebih jelas tentang pilihanraya - kita harus melihat kembali asas kepada perubahan yang selama ini kita impikan. lalu kita akan mengangkat tiga aspek - ekonomi, politik dan sosial. tiga struktur asas ini telah di bajak oleh satu sistem iaitu - kapitalisma. lalu dibawah kapitalisma ini , yang mana rukun imannya ialah memaksimumkan keuntungan, telah lama memanipulasi serta menindas tenaga kelas pekerja. lalu membentuk satu golongan pemodal kelas elit yang semakin kaya menghisap hasil mahsul yang melimpah ruah itu tadi. ditambah dengan kemunculan politikus zalim yang mengambil kesempatan dengan dasar penswastaan serta penarikan subsidi yang menekan kehidupan rakyat marhaen. termasuk anak muda dan golongan mahasiswa. nah! kebobrokan inilah yang patut kita lawan!

yang wajib kita lakukan ialah menolak kapitalisma - mengubah struktur asas yang telah lama menjulingkan hak dan demokrasi rakyat. maka disinilah bermulanya sandiwara pilihanraya, segala cara dan tipu helah telah digunakan bagi memastikan kemenangan sentiasa di pihak yang zalim. harapan yang kononnya mampu merubah super struktur yang ada hanya tinggal mimpi, kerana yang melabon tentang perubahan itu sendiri masih tunduk dan layu dibawah kuasa pemodal. janji hanya tinggal janji, dan yang terus bermaharajalela ialah penindasan dan juga korupsi. akhirnya rakyat memilih jalanraya.

Dalam situasi yang sedang menekan ini, aku faham niat dan tujuan BERSIH. tetapi persoalannya, sejauh mana elit politik yang tidak melibatkan kuasa rakyat marhaen dan kelas pekerja ini percaya kepada revolusi jalan raya. sehebat manakah perubahan yang mampu dicanang selagi tunduk dengan kekejaman dan peras ugut pemerintah?

untuk yang masih bermimpi dengan pilihanraya, kita biarkan mereka. kerana sejarah telah membuktikan, hanya kebangkitan dan kemarahan rakyat yang turun ke jalan raya mampu membawa pulang erti perubahan. untuk mereka, aku hanya ada satu perumpaan " ketika kamu tidak mempercayai aku, tentang tembok besar yang ada di hujung jalan, jangan gusar - aku akan membawa kamu sehingga kamu benar-benar melihat dan merasakan tembok yang besar itu, dan berharap kau akan mengerti bahawa jalan yang bertembok itu tidak akan mampu kita tembusi - yang wajib kita lakukan ialah kembali ke denai yang lain".

p/s : aku masih merasakan ombak kebangkitan rakyat - di fb masih ada yang marah dengan tindakan ambiga dan BERSIH ini. semoga mereka yang berjuang atas dasar hak dan kebebasan demokrasi masih memiliki nilai dan merubah kembali stadium dan kembali ke jalanraya - tq




4 yang dah bangun:

Cob Nobbler said...

"Yang menang pilihanraya bukan orang yang mengundi tapi yang mengira undi" - Jozef Stalin.

"Kalau pilihanraya boleh mengubah keadaan dah lama ia diharamkan" - Hishamuddin Rais.

demo dalam stadium?berarak dalam stadium?ingat apa?upacara pembukaan Sukan Komanwel?pfft!

Orang Akaun said...

tengok concert boleh la dalam stadium..bodo apa nak menyalak dalam stadium. takkan nak tawaf keliling track lari kot..haha

rizal azimi said...

selepas ceramah kita akan berarak dari tiang gol ke tiang gol sana untuk menyuarakan ketidakpuasan kita..WTF la,

bangunberdiri said...

dalam stadium kna duduk ramai2 alas surat kabar - lepastu dengar ceramah politik - balik nanti jangan lupa dapatkan mineral percuma kat pintu keluar stadim - kahkahkah