Bila aku menulis tentang ini, najib telah pun buat pengumuman tentang penghapusan ISA dan akta buang negeri semasa perutusan hari malaysia yang lalu. tetapi masih ada dua lagi akta baru yang akan digubal dengan melihat kepada keperluan semasa dan suasana politik di malaysia. cliche - khalas!
untuk aku, ini bukan sesuatu yang mengejutkan. kerana politik ialah untuk merebut kuasa dan kuasa untuk merebut punca-punca ekonomi. maka aku melihat pengumuman yang dibuat najib ini ialah untuk mengekalkan kuasa dan mengekalkan sumber-sumber ekonomi-nya yang telah sedia ada.
memang betul najib perlu melihat kepada suasana politik semasa, memang betul pakatan juga ialah sekelompok pejuang rakyat malaysia yang melancarkan kempen anti ISA. tapi semua perlu berwaspada, perlua berhati-hati. ini mingkin juga kunci najib untuk mengolah persetujuan rakyat malaysia. mengolah persetujuan ini adalah tindakan yang sangat licik. sesiapa saja akan terjebak jika mempunyai kecuaian dan kelalaian memahami jalur pemikiran politik najib. sama seperti rakyat malaysia yang terpaksa menerima cukai prabayar 6% yang diterima melalui pesanan ringkas dari celcom tempoh hari. walaupun ramai yang marah pada GST, tetapi tetap tidak dapat berbuat apa-apa dengan kenaikan cukai prabayar tersebut (ini cuma satu contoh).
ada jugak yang kata, ini tanda dan makna pilihanraya dah nak dekat. mungkin juga betul mungkin juga tidak. jika betul pilihanraya dah dekat, aku akan lobi dua-dua belah pihak untuk print baju berlogo parti diorang banyak-banyak - dapat payment boleh bayar hutang. kahkahkah.
berbalik pada ISA, sepatutnya tak payah tunggu bila nak dihapuskan, terus umumkan pembebasan tahanan ISA dan tutup kem kemunting dengan serta merta. yang itu memang aku salute. untuk aku, akta tahan tanpa bicara ini adalah perkara yang paling tak bertamadun. OKT perlu ada hak untuk mendapatkan bantuan guaman dan juga hak untuk dibicarakan.
dulu aku pernah bercakap dengan diri aku sendiri, kerana ISA kita tidak akan pernah bersetuju dengan penguasa yang ada sekarang. tapi kalau sartu hari nanti pakatan ambil alih and anwar masih kekalkan ISA atau apa saja akta tahan tanpa bicara, sekali lagi kita akan lawan mereka. mungkin waktu itu najib akan bersama-sama kita ke jalanraya - kahkahkah.
0 yang dah bangun:
Post a Comment