Tuesday, September 6, 2011

memaknai kembali erti hidup #2

di wilayah aku ini adalah wilayah yang bukan asing bagi aku, dulu aku pernah ke sini dan menjadi penghuni disini. cuma bezanya aku datang kembali bukan lagi dengan aku yang dulu. walaupun dengan nama dan identiti yang sama, tapi hakikatnya perbezaan dengan aku yang dulu itu tetap ada.

manusia hidup berdasarkan persekitaran, di bangdad dan di bagan lalang, di libya dan di lahad datu, di kenya dan kemunting - mempunya latar belakang alam dan persekitaran yang berbeza-beza. begitu juga aku yang semakin hari meniti kehidupan yang penuh dengan kerenah dunia dari pagi ke petang ke malam sehingga lah ke waktu-waktu yang seterusnya.

percayalah bahawa manusia itu akan berubah, seperti juga peredaran bumi yang tak pernah statik. rayakanlah perbezaan yang berlaku yang terjadi dalam diri kita dan raikanlah juga setiap perbezaan sifat manusia itu dengan kawan-kawan yang lain - cuma - setakat hari ini, aku masih melatih diri untuk tidak malu menjadi diri sendiri.

pemahaman

manusia punya cara pemikiran yang tersendiri. yang pastinya berbeza-beza. apa yang berlaku depan mata akan direview secara berasingan oleh tiap-tiap orang yang berbeza - tak perlu bertungkus lumus untuk jadikan orang lain paham dengan cara kita, tak perlu memaksa - kerana persefahaman itu akan lahir sendiri seiring dengan pertumbuhan kesedaran manusia

-bangunberdiri
-september 2011

2 yang dah bangun:

zaslan said...

yang malang lagi, di daerah tu ialah, ko masih berjumpa orang yang sama.

bangunberdiri said...

zaslan : percayalah bahawa orang dan persekitaran kita akan kekal sama - hanya pensejarahan yang membezakan ruang, masa dan segalanya - tq