Apabila hidup dalam persekitaran yang menghimpit, gua sesak.sakit dada. ditambah dengan timbunan bil-bil utiliti yang tertunggak, sekali lagi nafas gua sempit. tak cukup dengan itu, tekanan kerja semakin menjadi-jadi, rutin gua di studio agak kucar kacir. cilake punya dateline!!!
Tapi gua masih steady lagi, masih boleh terus menarik nafas. Rokok Marlboro kotak merah pun selamber je hari-hari gua hisap. Ada satu lagi, masalah hubungan dua hati. yang tu dah berjaya gua settlekan. memang gua akui yang gua dah sampai ke fasa buntu a.k.a bosan a.k.a tepu. tapi silap gua jugak sebab tak berterus terang, yang tu gua admit gua punya kegagalan bercakap benar. kalau lepas ni gagal lagi?? gua letak jawatan!!
ok, stop dulu dari terus bercerita pasal gua. saja nak bagi kelainan dalam intro kali ni. nak cerita pasal politik, gua letih. nak cerita pasal chelsea menang malam tadi pun, gua rasa tak berbaloi. sebab gua cuma fokus masa 5 minit yang pertama. dan sempat hisap rokok sebatang. lepas tu mata gua makin berat. apa kes?? tapi naseb baik chelsea dah bubuh awal-awal, wenger gua perhatikan tak tentu arah ketika 90 minit perlawanan sedang di langsungkan.
p/s : errr yang lain-lain tu gua rasa elok kalau di ceritakan untuk next entry... keh keh keh
Manusia dalam satu institusi masyarakat, sering terhubungkait dengan komunikasi antara satu sama lain. Hubungan antara satu manusia dengan manusia yang lain adalah satu perjalanan dua hala, yang wajib dan yang pasti kita semua lalui. Melalui hubungan komunikasi dua hala itu juga, membuatkan kita hari ini sedar, bahawa kehidupan ini, sangat payah, sangat naif jika kita terus angkuh bersendirian.
Seringkali kata-kata seperti sempadan, halangan, kekangan kita gunakan untuk terus berdalih dan memberi alasan supaya keangkuhan diri kita terus bermaharajalela.sedangkan kita sendiri tahu, kita sendiri sedar, untuk membina satu perspektif hubungan itu tak mungkin kita bangunkan seorang diri.
Sekarang, inilah yang cuba gua jaga, dan cuba gua sampaikan. iaitu mengenai hubungan. kita mungkin mampu untuk mengenal ribuan orang atau lebih, tapi mungkin ribuan orang yang mengenal kita mempunya tafsiran mereka tersendiri tentang diri kita. kadangkala, kita terlepas pandang. dalam satu keraian, ketika ditenggelamkan oleh ribuan manusia, kita nampak meriah, nampak ceria tanpa kita sedar, ada susuk-susuk yang kurang selesa dengan kehadiran kita.
Keangkuhan itu datang apabila kita mula rasakan bahawa kesempurnaan itu mula menjalar dan melitupi seluruh tubuh badan, dari segi penampilan,bahasa badan, raut wajah dan ilmu pengetahuan memang banyak mempengaruhi kata-kata kita yang berdegar-degar. kadangkala tanpa kita sendiri sedar bahawa, kata-kata itu telah lama menghiris dan merobek perasaan orang lain.sentap!
Di satu sudut pandang yang lain, dapat kita terjemahkan bahawa. akan sampai pada satu tahap persekitaran sudah tidak lagi mampu menampung keangkuhan itu. Hubungan yang kita ada hampir musnah dan runtuh rantah. kerana apa? kerana kita merasa kesempurnaan itu hanya mampu dimiliki oleh diri kita sendiri. tiada apa lagi yang mampu mengganggu gugat kedudukan kita. walhal, ramai yang semakin kecewa dengan sikap dan tauladan buruk yang kita tonjolkan di khalayak masyarakat.
gua percaya, satu hari nanti. apabila manusia sudah tidak ada ruang untuk saling berkongsi, apabila manusia dikembalikan kepada alam yang satu lagi. ramai yang akan terkenang, betapa indahnya kehidupan kita dahulu, kalau kita semaikan rasa cinta sesama makhluk, tanpa ada sebarang garis sempadan dan jurang kelas dalam kehidupan. tanpa ada yang sanggup mencabar maruah dan totokromo alam. tanpa ada prejudis, stigma dan diskriminasi. tanpa ada rasa kesempurnaan itu hanya menjadi hak mutlak individu. untuk gua, belajar lah hidup berkongsi, tunduk dan pimpinlah tangan manusia-manusia di sekeliling kita dengan penuh rasa cinta dan kemanusiaan.
tidur dan mimpi satu perkara yang tak dapat dipisahkan. tidur dan mimpi ini adalah satu rutin yang pasti kita lalui sehari-hari.sesiapa yang tidur, pasti akan bermimpi,. sesiapa yang bermimpi, pasti sedang tidur....yang pasti, kita tak mampu menguasai dan menentukan apa yang patut dan tak patut kita mimpikan ketika kita tidur.
sepertimana sebuah kehidupan, setiap manusia mengharap kepada detik yang baik-baik, saat yang indah-indah. tapi hakikatnya kita tak mampu melalui saat dan detik itu sama seperti yang kita angankan.kegagalan menguasai dan menentukan kehidupan itu sebenarnya adalah satu bukti bahawa sebagai manusia yang baik kita tak mampu untuk jadi tuan, kita tak layak berkasta, apatah lagi menjadi kuasa minoriti untuk menentukan yang majoriti.
bayangkan jika tidur itu kita pisahkan dengan mimpi, mungkin ada yang bermimpi ketika sedang memandu atau sedang makan. tak ke haru jadinya nanti.umpama aril yang terpisah dengan manchester bersatunya, seperti mat kantoi terpisah dengan ayahandanya.
kadang-kadang aku hairan, dengan usaha-usaha sesetengah golongan yang cuba meniupkan semangat berpersatuan semata-mata untuk bersikap prejudis dengan bangsa lain. Ada yang kononnya berusaha untuk menyelamatkan bangsa sendiri yang telah lama ditindas oleh kaum yang zalim. yang ni aku anggap seperti mimpi bodoh, indah sangat ke mimpi-mimpi bodoh ni sampai ramai mat-mat bebal kat luar sana tak nampak. yang sebenarnya,kita sendiri yang memusnah dan menindas sesama kita, yang sebenarnya, kita sendiri yang mengapi-api kan semangat perkauman dan memecah belahkan manusia untuk keuntungan peribadi.
beratus-ratus tahun kita di bodohkan oleh kuasa imperialis, di jajah dan di perintah. kemudian lebih 50 tahun kita di bonsaikan fikrah, di bebal dan di adu dombakan oleh gerombolan. takde ke satu ruang untuk kita hidup berkongsi, saling menghormati tanpa ada sikap bermusuhan. yang sibuk-sibuk nak jadi tuan ni buat ape?
Apabila bukit bintang membuktikan bahawa ada ruang untuk mat kantoi membina hidup baru, dan apabila budak sekecil amini itu sedar yang ada ruang untuknya bercakap dalam blog, kenapa kita tidak terfikir untuk mencari ruang hidup tanpa rasis?? kenapa kita tidak mencari ruang untuk hidup dengan menolak konsep melayu jadi tuan?
berbalik pada entry aku yang mengulas tentang negara dan budaya, tulisan rudolf rocker. memang kita akui, akan ade berlakunya pergeseran, dan pasti akan ade yang berkecil hati. sedangkan lidah lagi tergigit, macam tu lah lebih kurang. tapi harus dilandasi dengan semangat saling berdialektika, mencari nilai positif yang baru. atau dalam bahasa mudahnya, belajar dari kesilapan.
p/s : kepada mereka yang masih bermimpi dengan kesatuan-kesatuan melayu yang berunsur perkauman ni, yang masih tidur dengan perkembar,pekuda,pekatak ni.sudah-sudah lah. hanya zionis yang angkuh dengan ketuanan satu bangsa ni, yang kamu ni bebal tak sudah2 kenapa??
semalam aku terfikir ayat daripada johan, "kalaulah hitler masih hidup, aku rasa budak-budak malay power ni dulu yang kena bunuh".
State Nation and Culture are two contradictive things.
It can not live together. It will kill each other.
(Rudolf Rocker, Anarchism and Anarchy Syndicalism)
Negara adalah sebuah kesalahan yang jelas telah dilakukan oleh umat manusia dalam sejarah perkembangan peradabannya. Kesalahan yang tidak terampunkan itu, pada akhirnya menjerumuskan umat manusia dalam era kegelapan yang paling tragis, iaitu penindasan sistematik minoriti manusia terhadap majoriti manusia. Negara adalah kebobrokan paling puncak dalam sejarah yang secara terang-terangan menghalalkan terjadinya pembunuhan dan penindasan manusia. Dan negara adalah konsep paling utopia dari kebanyakan hasil pemikiran manusia.
Perkembangan luar biasa di bidang teknologi, ekonomi, politik, hukum dan sosial yang kemudian didaulat oleh para pemegang kekuasaan(baca : pemodal) sebagai kemajuan peradaban manusia pada hakikatnya, hanyalah sebuah ilusi. Justeru,Peradaban manusia terus terpukul dan semakin mundur ratusan tahun kebelakang jika dilihat pada kenyataan yang terjadi sekarang ini.
Teknologi hanya mampu dimiliki oleh golongan minority. kebijakan ekonomi hanya menghasilkan kemiskinan diberbagai belahan dunia dan mengakibatkan lahirnya ancaman kemusnahan manusia. Justeru,hukum dalam negara bangsa tak mampu berlaku adil. Hukum hanya menjadi alat untuk repressive(menindas) dan kemudian menghancurkan segala macam bentuk kebajikan. Sistem politik demokrasi (baca:kapitalisme) yang di war-warkan sebagai jawapan yang dinanti ternyata lebih buruk dari sistem monarki mutlak, sama seperti sistem Caesarianisme yang authoritarian(dictator). Demokrasi gagal menjadi perwakilan(representation), membentuk kesamarataan, memenuhi keperluan setiap individu yang terpaksa bernaung di bawah payung negara. Sistem sosial juga tak luput dari menemui jalan buntu dan kegagalan. Tidak dapat di elak, dan tidak mungkin diingkari, jika kita melihat pada hakikat dan kenyataannya dunia saat ini terbelah dalam berbagai kasta yang jelas tidak akan mungkin melahirkan keadilan sejati.
F. Nietzsche, salah seorang falsafah terkemuka dunia telah menyedari dengan jelas bahawa negara adalah suatu bentuk kegagalan manusia. Nietzsche mengatakan bahwa dalam konsep negara, tidak seorangpun yang dapat melakukan sesuatu melebihi kapasitinya. Kerana memang dalam negara, setiap individu dipaksa untuk tunduk dan patuh dibawah aturan undang-undang yang mengekang kebebasan manusia. Negara secara sedar telah melakukan pembersihan(elimination) kebebasan yang merupakan nafas dasar atau nafas utama manusia. Negara dengan segala institusi-institusinya dengan angkuh mengawasi setiap individu dalam melakukan berbagai-bagai aktiviti. Melalui institusi-institusi tersebut, negara menjalankan brain washing kepada setiap individu.
Negara Budaya yang sempat ditawarkan sebagai jalan tengah antara negara dan kebudayaan, pada dasarnya hanyalah ilusi semata-mata, juga untuk menutupi kegagalan negara menjamin kebudayaan sebagai hak setiap individu. Kepimpinan intelektual yang dijalankan oleh negara dengan sendirinya mendiskriminasi kewujudan budaya. Negara dengan segaja menjadikan kebudayaan hanya sekadar badut dalam dialektika perjalanan peradaban manusia.
Kebebasan yang ditawarkan negara adalah sebuah konsep yang tidak pernah jelas kedudukannya. Kebebasan dalam Negara bangsa hanyalah bahasa lain bagi otoritarianisme. Negara adalah mesin kemenangan ke atas pemikiran manusia tentang, penciptaan(creation), inovasi, rasional, perasaan, sikap dan tingkah laku.
Kebudayaan hanya dapat berkembang jika politik berada dalam titik yang paling rendah. Saat politik mengalami penurunan(reduction) sampai ke tahap yang paling kritikal, kebudayaan akan dapat mengembangkan diri dan menyumbangkan gagasan, idea, pemikiran, dan praktikal yang terbaik untuk kemajuan peradaban manusia. Kerana pada dasarnya negara bangsa selalu anti terhadap hak kesamarataan dan akan terus menerus mencurigai setiap aspek sosial manusia. Dan di sinilah negara bangsa menemukan titik penentengan(contradictions) dengan aspirasi kreatif perkembangan budaya yang akan selalu terdorong untuk menemukan bentuk-bentuk baru dalam aktiviti sosial.
Kebebasan bersuara dalam negara bangsa tidak akan pernah tercapai. Proses sensor akan selalu diterapkan oleh negara bangsa untuk menghasilkan inovasi budaya, tetapi pada akhirnya hanya akan mengancam kepentingan negara bangsa itu sendiri dalam berbagai bentuk. Setiap karya yang berjaya, akan selalu melahirkan keinginan untuk melahirkan sebuah karya lain yang akan melebihi kejayaan karya sebelumnya. Dalam kebudayaan, dialektika material yang melahirkan tesis dan anti tesis adalah satu praktikal yang tidak boleh diterima oleh negara bangsa. kerana kemudian akan membuka kenyataan bahawa tidak ada hal yang mutlak dalam kehidupan. Setiap bentuk solusi permasalahan hari ini hanyalah tepat jika dipraktiskan pada hari ini, kerana hari esok mempunyai nilai dan praktikalnya sendiri. Tapi sifat dasar kekuasaan adalah mempertahankan segala sesuatu yang dianggap dapat memaksimakan keuntungan . Dan dengan membentuk aturan sosial, ekonomi, politik, dan hukum, negara bangsa telah memberi perlindungan serta jaminan bahwa eksploitasi mereka terhadap majority manusia tetap terus berlangsung.
Negara bangsa mempunyai dasar kekuasaan yang akan selalu memusuhi eksperimental percubaan terhadap hal-hal baru. Dan dalam kebudayaan, eksperimental adalah satu sifat dan ciri asas. Kerana hanya kebebasan, keberanian, dan inovasi lah yang boleh memberikan manusia inspirasi untuk menghasilkan sesuatu yang monumental yang dengan sendirinya akan menghasilkan transformasi dalam berbagai sudut pandang kehidupan.
Peter Kropotkin dalam bukunya Memoirs of Revolutionist mengungkapkan secara jelas kebobrokan negara bangsa dan tindakan brutalnya menyerang budaya telah membentuk satu semangat manusia untuk terus bangkit melawan.Misalnya EZLN(Ejército Zapatista de Liberación Nacional) yang berada di Mexico. Sub Comandante Marcos dengan jelas mengumandangkan perang kepada sistem dominan (baca: kapitalisme) yang menyerang kebudayaan Indian di Mexico. Perjuangan ETA (English: Basque Homeland and Freedom) juga adalah salah satu contoh yang lain. ETA adalah saksi bahwa negara bangsa Spanyol ternyata di bentuk dari fasisme baru terhadap rakyat Basque.
Seni untuk memerintah manusia selamanya tidak akan pernah menjadi seni yang mendidik dan memberikan manusia inspirasi untuk memperbaharui kehidupan ke arah yang lebih baik. Harus diingat bahwa setiap revolusi yang terjadi, baik di bidang politik, falsafah, teknologi mahupun di bidang lainnya adalah bentuk pemberontakan dan ketidakpercayaan terhadap negara bangsa yang jahat. Pada kenyataan sejarah, negara bangsa tidak pernah benar-benar terlibat dalam sebuah perubahan menuju ketamadunan kehidupan umat manusia. Kalaupun terlibat, itu hanya kerana negara bangsa melihat bahawa mereka mempunyai keuntungan dengan melibatkan diri dalam perubahan tersebut.
sebelum sistem politik modern yang berjanji mengarahkan manusia ke masa depan yang lebih cerah yang bernama demokrasi hadir, kebudayaan adalah yang pertama hadir. Budaya (sekali lagi) telah menemani manusia sejak zaman purba. Kebudayaan adalah kawan karib dari masyarakat sebelum keuntungan maksima menjadi pegangan hidup golongan minoriti.
Golongan barbarisme dan anti keadilan adalah contoh sifat dasar negara bangsa. Penjajahan, perang, kemiskinan, kemerosotan moral adalah akibat dari sifat-sifat negara bangsa tersebut.
Seni yang adalah anak kandung dari kebudayaan tidak dapat lari dari gempuran kemusnahan ini. Seni untuk seni adalah contoh pembohongan, betapa sifat korupsi dari negara bangsa ini telah berusaha menyelinap masuk dengan sengaja ke semua sendi kehidupan. Dan seni untuk revolusi adalah anti tesis yang hadir sebagai jawapan untuk melawan negara bangsa. Keranaa seni adalah milik individu dan komuniti serta harus diakses secara luas dan menyeluruh oleh setiap individu tersebut. Pembangunan museum, pembangunan lembaga-lembaga kesenian, kewujudan aturan-aturan/koridor-koridor seni (biasanya berupa dogma seni) adalah cara keji dari negara bangsa untuk menjauhkan seni dari tangan masyarakat.
Seni dan budaya tidak boleh dibatasi dengan dogma. Tidak boleh di sertakan dengan dikotomi ataupaun fitnah lainnya. Seni budaya adalah simbiosis mutualisme dari pola hidup masyarakat. Kebudayaan adalah jalan untuk menawarkan perkembangan-perkembangan baru dalam masyarakat. Menawarkan ruang hidup yang lebih luas bagi setiap manusia dalam pelbagai kegiatan secara individu mahupun secara komuniti. Jika kemudian seni disertakan dengan niat capital, maka keuntungan adalah keniscayaan. Dan pada akhirnya seni budaya itu sendiri tidak berakar-umbi dalam kehidupan bermasyarakat.
Sifat keji dari negara bangsa yang lain ialah dengan mewujudkan kebudayaan dalam satu bentuk pertandingan dengan nilai ukur yang kekal(tidak subjektif). Padahal, setiap kebudayaan mempunyai nilai ukur masing-masing. Memang tidak dinafikan bahawa setiap kebudayaan akan mengalami pergeseran , tapi semuanya itu dilandasi semangat untuk kemudian saling berdialektika dan mempertajam nilai-nilai positif baru dalam tiap-tiap kebudayaan itu sendiri. Pertandingan kebudayaan adalah bentuk pelacuran budaya yang seharusnya dilawan. Tiap kebudayaan seharusnya hidup saling berdampingan, saling mengisi kekurangan dan tidak di terapkan dengan niat untuk saling menakluk dan saling menguasai.
Pertembungan budaya dalam hal kepercayaan (baca: agama) adalah contoh jelas betapa negara bangsa adalah dalang yang harus bertanggung jawab terhadap setiap kehancuran peradaban yang terhasil. Dengan dalih sentimen yang dibangun atas propaganda konservatifisme dan fanatisme, negara bangsa sedang mengarahkan peradaban budaya ke jurang kematian.
Elisee Reclus menyatakan bahwa revolusi hanyalah satu peringkat awal dalam proses evolusi manusia yang tak akan berakhir. Masyarakat akan selalu bergerak dan menemukan nilai-nilai positif baru. Jadi pada hakikatnya, tidak akan ada sistem yang mutlak seperti propaganda dari berbagai ideologi seperti kapitalisme-neoliberalisme, komunisme, fasisme, caesarianisme, maupun ideologi-ideologi lain yang kemudian memimpikan sebuah kekuasaan mutlak yang boleh bertahan sepanjang peradaban dan boleh diterapkan dalam berbagai keadaan geografi, keadaan ekonomi, keadaan psikologi, dan keadaan sosial.
Dan ketika kepercayaan buta itu berganti dengan kesedaran. objektif akan tercapai apabila individu menyedari peranan mereka dalam masyarakat. maka negara secara perlahan mulai dihancurkan. Dogma dan doktrin negara bangsa dengan segera harus digantikan dengan spirit of life dari kebudayaan. Keangkuhan negara bangsa dileburkan dengan kenyataan bahawa kebudayaan adalah sesuatu yang ever changing. keganasan negara bangsa dihancurkan dengan memberikan kesadaran psikologi individual dan psikologi sosial.
pada akhirnya, setiap bentuk kekuasaan yang menindas individu, masyarakat, dan peradaban manusia yang di cipta oleh negara bangsa, DIHANCURKAN !!!
Aku tergelak besar bila aril bagi gelaran mat pelompat parti pada sorang mamat ni, kalau masin mulut aril, entah-entah satu hari nanti die jadi MB kt seremban ganti mat asan, siapa sangka kan? cakap gelaran yang berawalan mat ni, aku teringat pada sorang mamat ni yang di gelar mat forum. seorang anak muda yang sentiasa mengikuti forum-forum NGO dan politikus, berforum ni sebenarnya tak salah. memang di akui ada ilmu yang korang boleh dapat. aku tulis ni bukan aku dengki sangat kat dia, tapi aku nak semua orang tawu, yang die buat semua tu atas kehendak sendiri dan dia selesa dengan apa yang dia buat.
tapi macam mana dengan orang lain?
bukan semua orang suka lepak kat forum orang tua beb, sebenarnya apa yang penting ialah ruang. kalau kita tengok daripada minat pun, ade orang yang minat melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kebajikan, ade yang minat jadi penulis, ada yang minat dengan desktop publishing, ada yang minat dengan music,film,kedai bundle dan sebagainya, ada jugak yang suka jadi mat labon. jangan anggap enteng dengan mereka kerana apa yang mereka cari ialah ruang.
bayangkan dunia ni kalau takde ruang untuk anak muda, baru awal 20-an dah jadi mat skema dengan pakai baju batik, lepak kat dewan serbaguna kampung sg,dua. duduk kat baris paling depan sambil tunggu menteri parlimen rasmikan majlis berkhatan untuk MB peringkat negeri. kepala bana ape?
sedangkan aril yang pindah ke kuala geri tu pun masih lagi bernostalgia di zaman dia jadi mat rempit kat subang. masih lagi terkenangkan era subang sebelum huru-hara. sekarang ni tak boleh la nak merempit lagi, ye tak? anak pun bakal lahir bulan depan. ok, apa yang aku nak cakap kat sini, betapa indahnya zaman muda-muda bila kita ada ruang untuk buat sesuatu, yang sibuk nak tua kan otak diorang ni sebab ape?
Aku percaya, mungkin ada yang nak nampak intelektual, nampak cerdik bila terlibat dengan hal-hal orang tua nih, tapi come on la, cerdik tu bukan di ukur dengan standard pemakaian. cerdik tu bukan nilai dengan warna kulit atau warna rambut, dengan tahap kehenseman lagi la mengarut.
Aku rasa bukan semua orang bebal sangat sampai tak nampak langsung apa yang sedang berlaku kat atas mukabumi ni, mereka nampak sebenarnya, tapi kenapa mereka tak ambil pot langsung, tak ambil peduli langsung. sebab mereka tak diberi ruang untuk menyumbangkan sesuatu,tidak ada ruang untuk mereka bercakap, bila takde ruang kau nak contibute apa?
mereka bukan sampah, cuma yang bebal je yang anggap mereka ni tak berguna. bak kata seorang tua nih, pada akhirnya dunia ini akan diwarisi oleh anak muda. so, fikir-fikirkanlah apa yang cool yang anak muda patut buat, jangan jadi bodoh dan malas, jangan jadi tua sebelum sampai masanya, FAHAM!!
p/s : pasal gambar kt atas nih, terus terang aku ambil daripada jimbo tiram. bo, aku mintak maaf ya, jangan tuntut royalti kat aku sebab aku takde duit. nak makan megi pun perit sekarang nih. cuma apa yang aku nak korang tawu, betapa indahnya hidup ni bila ada ruang untuk kita. Daripada maklumat yang aku dapat, gambar ni masa tour band hellexist ke jakarta.(kalau salah mintak maaf)tak semestinya mewah dan bertaraf lima bintang, dapat satu canopy pun dah cukup enjoy bagi mereka. cheers!! -selamat merayakan kehidupan
Apabila menjelang tahun baru, kita di kejutkan dengan isu kenaikan harga gula. kerajaan telah umumkan harga kenaikan gula yang baru, yang jelas bermotifkan keuntungan sekaligus membebankan rakyat malaysia. kita juga dapat lihat dengan jelas, bagaimana propaganda-propaganda kerajaan meniup berita, mengolah persetujuan supaya kita sebagai rakyat akur dengan permasalahan yang memaksa harga gula di naikkan. kepala Bana betul!
Tapi apa lagi yang hendak di kenang, harga gula telah pun naik, harga barangan makanan yang lain pun akan terikut dan terpanggil untuk naik sama. Bak kata orang tua-tua 'dah sampai seru'. Tapi kalau kita kaji balik, bagaimana seruan itu diwujudkan dan dipersetujui, mula-mula dia kata kerajaan tak akan naik kan harga gula dan akan terus memberi subsidi kepada rakyat. tak lama lepas tu, timbul lagi satu cerita bahawa rakyat malaysia tergolong dalam kumpulan manusia yang mengambil kandungan gula berlebihan, ini sudah bahaya. kementerian kesihatan sudah naik risau, maka keluar lagi satu berita supaya rakyat malaysia di nasehatkan mengurangkan penggunaan gula demi kesihatan sejagat.
Mula-mula dia kata gula ini bahaya, lepas tu dia kata gula ini perlu dikurangkan dan pada akhirnya harga gula di naikkan. ok, tak cukup dengan kenyataan-kenyataan tu, keluar lagi satu kenyataan bahawa harga gula kita masih murah nak banding dengan negara lain. sebab tu aku ulang balik ingatan daripada seorang tua ni, dia kata, mula-mula takutkan, lepas tu bagi amaran kemudian naikkan harga dan bandingkan dengan negara-negara atas angin, pundek punya malaon!
Kalau kita perasan, segalanya bermula dengan kaedah mengkaji, ini yang aku nak bincangkan hari ini. perkataan kajian dan mengkaji ini di lihat sebagai amat bahaya, bila kerajaan dah mula nak kaji mengkaji ni, ekao tunggu jo lah, tak lamo laie la tuh, si lantoi (baca:pukimak) tu nak buat perangai dah.
semalam aku terbaca lagi satu artikel mengenai sebuah kajian, yang cuba di wartakan oleh ayah dino, kenal siapa ayah dino?? ok, kajian ini bukan pasal bagaimana teknik mengentot entot lari, itu teknik rahsia, kajian ini tentang minat kerajaan menyemak semula kadar bayaran untuk perkhidmatan jalur lebar. kenapa nak sibuk-sibuk kaji kadar bayaran?? katanya, untuk memastikan rakyat tak terbeban dengan perkhidmatan jalur lebar negara dan perkhidmatan ini dapat dinikmati oleh semua. ni yang aku malas baca berita hairan nih, ayat pun makin nk skema dah, cilake betul!
jadik, di sini aku ramalkan, akan muncul lagi satu berita mengenai kebobrokan jalur lebar dan internet. supaya mat bebal dan mat bodoh ni akan terbukak mata untuk melihat bahayanya internet dan perkhidmatan jalur lebar. tak cukup dengan itu, aku ramalkan jugak, akan ade kangkong-kangkong yang akan menyokong ayah dino ini dengan melabon tentang nasehat dan kesedaran kepada rakyat. Maka, pada akhirnya. akan muncul harga atau takrif baru untuk perkhidmatan internet dan jalur lebar ini, beserta dengan perbandingan takrif dengan negara-negara lain.
semua ni atas pemerhatian dan pandangan aku, dan benda ni cuma ramalan, mungkin jadi mungkin juga tidak. mungkin ayah dino itu hanya bergurau, hanya tahu entot dan lari, entot dan lari kemudian entot dan lari lagi. kan bergurau namanya tu.
woit! nanti kejap, selain daripada gurauan-gurauan mesra yang melentok ni, korang perasan tak keje bodoh yang di lakukan oleh ayah dino ini ialah mengkaji takrif harga untuk kepentingan rakyat. Sila jangan jadi bodoh dan malas seperti ayah dino ini, Untuk kepentingan rakyat bukanya HARGA! tapi PERKHIDMATAN! Untuk kepentingan rakyat, bukannya perniagaan, bukan jual beli tapi memberikan segala hak yang menjadi asas sebuah kehidupan. yang patot di kaji oleh si entot-entot lari ini ialah kadar kelajuan jalur lebar yang sepatotnya di terima oleh rakyat! kerana, kalau kita lihat hari ini, internet dan jalur lebar ini selari dengan sama pentingnya keperluan asas utility seperti air, elektrik, hospital, pendidikan dan kemudahan-kemudahan asas yang lain.faham! yang bebal sangat tu kenapa?
yang nak pergi kaji harga tu buat ape?? kau cakap je la ade projek untuk kroni!! ade projek nak rembat kontrek!!
bangunberdiri bertujuan utk menyuarakan pendapat,pandangan dan kritikan peribadi.
mengajak anda berfikir dan berdiskusi tanpa sebarang tujuan utk menghasut atau mempengaruhi.